fbpx

Infaq di Perkampungan Sri Sentosa, Kuala Lumpur

Infaq di Perkampungan Sri Sentosa, Kuala Lumpur

Alhamdulilah, kali ini penyetpenyet.com berkesempatan menyampaikan sumbangan kepda masyarakat di perkampungan Sri Sentosa Kuala Lumpur. Sepanjang kami berada disini, kami dapat melihat senyuman diwajah mereka apabila kami hadir membawa sumbanagan makanan kepada mereka.

Pada masa yang sama kami banyak meluangkan masa bersama mereka, bertanyakan khabar dan bergurau kecil sesama mereka. Ada yang terus menadah tangan sejurus melihat kelibat kami bertemu mereka tanda ksyukuran. Mereka disini amat mesra dan ramah terutama kepada kami yang merupakan orang luar.

Namun, ada juga yang mengadu tentang kesihatan mereka, mengenai keadaan anak mereka yang menghidapi kencing manis yang teruk sehingga mengganggu penglihatannya. Diharap sedikit sebnyak bantuan yang disampaikan ini dapat memberi sedikit sebanyak barakah dan semangat kepada mereka meneruskan hidup di waktu yang mencabar ini. InsyaAllah.

 

#InfaqKasihPenyetPenyetDotCom #kitajagakita #sayangwargamalaysia #syukurselalu #kongsirezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published.