fbpx

Penyerahan Infaq di Flat Seri Perindu, Cheras.

Penyerahan Infaq di Flat Seri Perindu, Cheras.

Golongan asnaf miskin telah menjadi focus dalam pemberian infaq kali ini. Lokasi kali ini adalah di Flat Seri Perindu ,Cheras dimana terdapat ramai penduduk yang menetap disini merupakan golongan asnaf yang amat memerlukan sebarang bentuk sumbangan. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, penyetpenyet.com telah menjadi satu penantian yang ditunggu-tunggu oleh penduduk disini dalam pemberian berbentuk infaq makanan.Semasa pemberian infaq makanan dijalankan, terlihat riak muka mereka yang amat dahagakan kasih sayang daripada orang ramai sehingga berulangkali berterimakasih kepada kami sepanjang set makanan diedarkan kepada mereka. Program infaq ini diteruskan lagi dan kami berpeluang menziarahi seorang makcik yang mempunyai dua orang anak perempuan yang sakit di rumah. Salah seorang adalah ibu tunggal yang mempunyai sakit saraf dan tidak dapat bergerak banyak dan anak perempuan yang sakit diceraikan dengan cucu 3 orang. Pendapatan beliau hanya mengharapkan pencen arwah suaminya untuk menyara 6 beranak untuk keperluan seharian.

Kebanyakan individu atau keluarga yang telah kami temui adalah dari golongan ibu tunggal, orang sakit dan mereka yang kehilangan mata pencarian lagi-lagi di musim wabak Covid-19 yang melanda sekarang ini. Diharap dengan bantuan sumbangan yang disampaikan daripada orang ramai dapat membantu meringankan beban hidup mereka takkala dimusim Covid-19 sedikit sebanyak dapat mendorong mereka meneruskan hidup yang hadir dengan pelbagai dugaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *