fbpx

Peniaga dan Mall Patut Bantu Membantu

Assalamualaikum wbt . Saya jarang menulis tetapi pagi ini bila terbaca kisah ini saya terpanggil untuk berkongsi apa saya fikir tentang isu ini .
Semuanya bermula dengan kisah foodcourt di Suria KLCC yang menamatkan operasinya . Saya rasa simpati dengan nasib pemilik dan peniaga peniaga orang kita di foodcourt ini . Dah berapa kerat yang tinggal kt KLCC ni . Saya percaya yang ramai kat situ orang Melayu Islam yang jadi pelanggan .
Pertamanya inilah tempat makan yang “ mampu milik” di KLCC . Kalau dulu ada rombongan sekolah melawat PetroSains , orang kampung melawat KLCC ataupun pekerja pekerja sekitar inilah tempat tumpuan yang harga berpatutan .

Saya diberitahu KLCC Mgmt tak mahu berkompromi tentang sewa .Disaat pandemik ini tidak semua orang nasibnya sama ada yang buat keuntungan ada yang tidak . Mungkin bertolak ansur dan berkompromi adalah cara terbaik . 22 tahun dah menyewa mungkin puluh juta sewa dikumpul .
Waktu krisis adalah waktu untuk semua bisnes berkerjasama untuk bangkit . Harap dapat perhatian kerajaan dan menteri . Itu saja .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *