“SEDEKAH DENGAN SEKOTAK MAKANAN”

“Staf kata hari nie Tok Makan Nasi Ayam Penyet Orang Kaya…Sedap! Allah,Rasa Sebak!

“ Terima Kasih anak anak memang suka sangat makanan ni “ 

Sayu hati bila dapat ziarah,meluangkan masa bersama warga tua dan anak-anak yatim di rumah jagaan pada jumaat lalu.Kami bawa sedikit sumbangan hasil dari hamba Allah untuk mereka.Rasa bahagia dan gembira bila kami dapat berkongsi dan berbagi makanan.

Alhamdulillah setiap minggu kami mendapat respon yang baik dari badan kebajikan dan golongan terjejas akibat pandemik COVID-19 atas sumbangan ini rata-rata amat memerlukan.Setiap bulan dari 2019  lebih 30,000 pek makanan melalui program ini diagihkan dan diedarkan untuk penerima.

Kami sangat-sangat mengalukan Syarikat atau Organisasi serta Individu yang berminat untuk turut serta menyertai program ini malah orang ramai boleh menyumbangkan ke tabung disediakan di semua cawangan PenyetPenyet.Com diseluruh Malaysia.

Sumbangan anda bakal mengisi perut kosong mereka dengan kegembiraan kerana sebaik-baik amalan dalam Islam adalah memberi makan kepada orang yang kita kenal serta orang yang kita tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

UNTUK PENYERTAAN SILA KLIK GAMBAR  PENGERUSI YANG TELAH KAMI LANTIK

Tn. Amran Abd Hamid

Nur Atiqah

Roslan Yahaya

Muhamad Khairy 

Diantara Pusat Kebajikan yang menerima bantuan.

Sekiranya terdapat pusat kebajikan lain yang ingin anda cadangankan dan golongan yang memerlukan boleh hubungi kami team kami yang telah dilantik.