fbpx

Program Infaq Ramadhan 2021

PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2021

Dalam menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, penyetpenyet.com telah menganjurkan Program Infaq Ramadhan 2021 bagi menyalurkan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak melalui Program Infaq Kasih. Program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama ibu tunggal, OKU, dan juga golongan asnaf yang bertempat di Flat Danau Kota , KL.

Program Infaq Ramadhan merupakan program yang telah lama diadakan bagi mendekati golongan yang kurang berkemampuan disamping memberi keceriaan dalam kehidupan seharian mereka terutamanya di bulan Ramadhan.

“ Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033) ”.

Maklumat lanjut mengenai sumbangan boleh diperoleh melalui portal penyetpenyet.com.

 

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *